Monday, February 5, 2018

MASAK DAN MANDI MANDA DI HOMESTAY KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum semua

Kebanyakan guests yang datang bersama sama keluarga memang akan bertanya sama ada homestay akak ni boleh memasak ataupun tidak?

Biasalah bila dah mandi manda sama ada di pantai ataupun di kolam renang dah tentu perut mudah lapar.  Kenalah cari makanan yang ada di jual di kawasan berhampiran ataupun cari bahan pastu masak.




Kat homestay kami, ada di sedikan multicooker yang boleh di gunakan untuk menggoreng dan merebus cuma tak boleh masak nasi. Jangan pulak nak merendang guna multicooker, habis rosak nanti sebab di gunakan untuk memasak masakan yang simple seperti sardin atau goreng telur dadar.

Jangan risau kami ada sediakan periuk nasi demi memudahkan guests kami.

Sebelum beli multicooker kami sediakan induction cooker, tapi habis hitam periuk sebab ramai pulak yang tak pandai guna/adjust heat induction tu.  Dah dua periuk rosak, kami terpaksalah beli multicooker ni.
Bila dah kami sediakan kelengkapan di dapur, kami amat hargai anda yang pandai menjaga kebersihan dan segala peralatan yang kami sediakan.

Call/Whatapps
Kak Ina/Auntie Ina
019 3961652

p/s tarikh 
16-18 Feb - full


No comments:

Post a Comment

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...