Thursday, November 30, 2017

APA ADA DI PANTAI TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum semua

Walaupun kami ada homestay di sini, kami jarang ada masa nak berjalan jalan kat Pantai Teluk Kemang sebab banyak hal yang perlu di lakukan.
Kali ni ada masa terluang, kami singgah di Dataran Teluk Kemang, kat sini boleh naik kenderaan ni dengan bayaran yang berpatutan.
Kalau dah sampai, kenalah jejakkan kaki kat pasir atau air laut , kalau tak, tak best. Dulu masa muda remaja dan anak kecil, akak memang suka basahkan diri dalam air laut.  Sekarang ni dah kurang pulak rasanya.  Salah satu sebab nak kena salin pakaian basah.
Muda remaja memang seronok kalau dapat naik banana boat ni, boleh share ramai-ramai.
Kalau lapar banyak peniaga makanan berjualan kat tepi pantai, tak payah risau.  Kebanyakan pengunjung suka bawa bekal sebab best makan ramai ramai bersama keluarga.


No comments:

Post a Comment

RAGAM GUESTS HOMESTAY

Assalamualaikum semua Alhamdulliah dah setahun rupanya homestay akak ni.  Asalnya kami nak jadikan tempat persinggahan untuk cucu yang...