Tuesday, May 16, 2017

Tempat Menarik Di Port Dickson

Assalamualaikum 

Nak tau kenapa ramai yang memilih untuk bercuti ke Port Dickson?

Salah satu sebabnya kerana perjalanan yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, tu bila lebuhraya tak sesak, kalau sesak ambil masa gak kan.
Kat Port Dickson ni pasir pantai luas terbentang dan udaranya sungguh segar, menjadi destinasi utama warga ibukota menghabiskan masa setiap hujung minggu.

Pantai Teluk Kemang yang terletak tak jauh dari homestay kami, merupakan pantai yang paling besar dan paling di minati di Port Dickson.
Bagi penggemar sukan air, kat sini ada pelbagai aktiviti menarik untuk di cuba seperti jet ski, banana boat dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada mandi manda.
Selain dari Pantai Teluk Kemang, Pantai Blue Langoon juga merupakan pantai yang diminati.  Terletak di Batu 10, Jalan Pantai,  nak kesini cuma 18km dari bandar Port Dickson.
Anak anak tentu suka ke Muzium Tentera Darat yang merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.  
Tempat makan sedap pun banyak di Port Dickson, salah satunya Ayam Bakar Pasu TerlangkupNasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place dan  PD Famous Cendol Coconut Shake Power


Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, May 4, 2017

Terkena/Homestay Khas Untuk Keluarga Sahaja

Assalamualaikum semua

Homestay kami ni sebenarnya khas untuk yang telah berkeluarga ataupun yang ingin membawa saudara mara atau ibubapa demi menjaga ketenteraman jiran tetangga.
Kami tak mau  tetamu yang menginap membuat bising terutama jika yang datang secara berkumpulan naik motor.

Dengan deruman engin yang membingitkan telinga akan menyebabkan jiran merasa terganggu serta boleh menimbulkan salah faham.

Tolong berlaku jujur jika semasa whatapps/call berapa ramai tetamu yang menginap kerana kami terkena pada minggu lepas.😑   

Mulanya isteri whatapps bagitau cuma 4 orang termasuk suami beliau  yang akan menginap, tapi bila nak check in datang lebih kurang 9 orang anak muda naik motor.😢

Serba salah kami dibuatnya, kali ni kami maafkan, sekiranya terjadi lagi kejadian seperti ini kami akan pulangkan semula wang deposit dan tidak membenarkan mereka check in.

Bila dah ramai, mereka tak jaga kebersihan sehinggakan makan kuaci dan merokok dalam rumah dan dalam bilik.😠

Kami buat sebegini demi keselesaan tetamu yang menginap seterusnya, lagipun kami kadang kadang lepak gak kat sini bersama anak,menantu dan cucu.😊

Jika tetamu yang kami kenal tak jadi hal, manalah tau kot kot ada anak saudara nak bermalam bersama rakan rakan.  Senang sikit nak sound jika mereka ada lakukan sebarang kesilapan.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

BBQ Di Bayview Villas Condominum Port Dickson

Assalammualaikum Ambil dari balkoni dari rumah akak di tingkat 1 (kat lift kena tekan 2), bila hujung minggu memang meriah, ramai...