Monday, July 31, 2017

BBQ Di Bayview Villas Condominum Port Dickson

Assalammualaikum


video

Ambil dari balkoni dari rumah akak di tingkat 1 (kat lift kena tekan 2), bila hujung minggu memang meriah, ramai pengunjung.
Selain dari berenang, ada juga tetamu nak bakar membakar, tak bolehlah bakar kat tempat sebarangan.


Ada di sediakan tempatnya, cuma bawa ajer bahan bahan yang telah di perap.  Jangan lupa juga beli arang dan tempat pembakar.

Salah satu tempat bbq di tepi teluk, satu lagi kat area swimming pool..oh yer  jangan lupa bawa tikar. 

Oh yer jangan lupa bawa sekali plastik sampah sebab lepas guna kenalah di bersihkan untuk orang lain pula.

Kerjasama tetamu amat amatlah di hargai.

Wednesday, July 5, 2017

Tetamu Gembira, Owner pun suka

Assalamualaikum semua

Tiada apa yang menggembirkan hati kami, bila tetamu merasa puas hati tinggal di homestay kami.
Terima kasih pada tetamu yang menjaga rumah kami dengan baik sepanjang bermalam di sini, cuma satu kejadian ajer keadaan rumah haru biru dibuatnya.  Tapi semua itu dugaan, kami akan jadikan iktibar.
Ramai yang puas hati bila mandi manda kat kolam, bukan sahaja kanak kanak, orang dewasa pun suka juga.
Tetamu terakhir sebelum bulan puasa, Liza dan keluarganya.  Terima kasih Liza sudi berkongsi gambar dengan kami.

Wednesday, June 7, 2017

Awas Penipu Mengaku Owner Homestay

Assalammualaikum semua

Wah sekarang ni ada pula penipuan tentang pasal homestaylah pulak.

Dapat info dari geng homestay Malaysia di facebook, di mana se penipu akan menggunakan gambar homestay kepunyaan owner lain di mudah.com.

Pastu mengiklankan homestay yang cantik  dengan harga yang murah dari harga sebenar.

Dengan mengenakan deposit antara RM50 hingga RM100, beliau akan suruh bank in deposit, bila dah bank in beliau mengaku seolah olah tarikh yang di pohon telah di lock.

Malangnya bila tiba 1 hari atau masa nak check in, no tak akan dapat di hubungi. 

Kesian dengan orang yang beria ia booking yang biasanya akan datang dengan family.

Penipuan ini telah berlaku di negeri Melaka, Terengganu, Pahang, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak.

Berhati hati bila nak booking yer, bila tenguk no atas dan menggunakan 3 jenis bank. Akan menyamar menggunakan nama Afandi atau Ardi.

Selalunya terjadi sewaktu cuti persekolahan dan masa konvo atau pendaftaran kolej atau universiti.





Tuesday, May 16, 2017

Tempat Menarik Di Port Dickson

Assalamualaikum 

Nak tau kenapa ramai yang memilih untuk bercuti ke Port Dickson?

Salah satu sebabnya kerana perjalanan yang tidak jauh dari Kuala Lumpur, tu bila lebuhraya tak sesak, kalau sesak ambil masa gak kan.
Kat Port Dickson ni pasir pantai luas terbentang dan udaranya sungguh segar, menjadi destinasi utama warga ibukota menghabiskan masa setiap hujung minggu.

Pantai Teluk Kemang yang terletak tak jauh dari homestay kami, merupakan pantai yang paling besar dan paling di minati di Port Dickson.
Bagi penggemar sukan air, kat sini ada pelbagai aktiviti menarik untuk di cuba seperti jet ski, banana boat dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan selain daripada mandi manda.
Selain dari Pantai Teluk Kemang, Pantai Blue Langoon juga merupakan pantai yang diminati.  Terletak di Batu 10, Jalan Pantai,  nak kesini cuma 18km dari bandar Port Dickson.
Anak anak tentu suka ke Muzium Tentera Darat yang merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.  
Tempat makan sedap pun banyak di Port Dickson, salah satunya Ayam Bakar Pasu TerlangkupNasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place dan  PD Famous Cendol Coconut Shake Power


Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, May 4, 2017

Terkena/Homestay Khas Untuk Keluarga Sahaja

Assalamualaikum semua

Homestay kami ni sebenarnya khas untuk yang telah berkeluarga ataupun yang ingin membawa saudara mara atau ibubapa demi menjaga ketenteraman jiran tetangga.
Kami tak mau  tetamu yang menginap membuat bising terutama jika yang datang secara berkumpulan naik motor.

Dengan deruman engin yang membingitkan telinga akan menyebabkan jiran merasa terganggu serta boleh menimbulkan salah faham.

Tolong berlaku jujur jika semasa whatapps/call berapa ramai tetamu yang menginap kerana kami terkena pada minggu lepas.😑   

Mulanya isteri whatapps bagitau cuma 4 orang termasuk suami beliau  yang akan menginap, tapi bila nak check in datang lebih kurang 9 orang anak muda naik motor.😢

Serba salah kami dibuatnya, kali ni kami maafkan, sekiranya terjadi lagi kejadian seperti ini kami akan pulangkan semula wang deposit dan tidak membenarkan mereka check in.

Bila dah ramai, mereka tak jaga kebersihan sehinggakan makan kuaci dan merokok dalam rumah dan dalam bilik.😠

Kami buat sebegini demi keselesaan tetamu yang menginap seterusnya, lagipun kami kadang kadang lepak gak kat sini bersama anak,menantu dan cucu.😊

Jika tetamu yang kami kenal tak jadi hal, manalah tau kot kot ada anak saudara nak bermalam bersama rakan rakan.  Senang sikit nak sound jika mereka ada lakukan sebarang kesilapan.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

Sunday, April 30, 2017

Jom Rasa PD Famous Cendol Coconut Shake Power

Assalamualaikum

Ada tetamu yang tanya dengan akak kat mana nak makan sedap kat Port Dickson?
Setakat ni akak baru cuba makan kat beberapa tempat sahaja sebab homestay kami ni baru ajer, lagipun kami tak tinggal di Port Dickson, tak taulah mana tempat yang sedap.

Kadang kadang takut gak nak rekemen, takut sedap di tekak akak, tak sedap kat tekak andalah pulak.

Yang pernah akak cuba baru ni ialah kat PD Famous Cendol Coconut Shake Power, dah rasa cendul gak, rasanya ok kat tekak akak.  Dah 3 kali kami lepak kat sini lepas kemas homestay, kira cam upah suami dan anak anak aa.

Terletak tak sampai 1km dari rumah akak, dekat stesyen minyak Petron belah kanan, kedai ni belah kiri menghala ke Teluk Kemang.

Jadi kalau nak makan asam pedas, nasi ayam dan juga laksa termasuk makanan ringan ada kat sini.

Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831

Kak Ina/Auntie Ina

Wednesday, April 12, 2017

Bila Tetamu Senang Hati

Assalamualaikum semua






Hati berbunga bunga bila tetamu gembira😍

Ada yang call tanya, homestay akak ni tepi laut ker? 
Homestay akak ni kat tepi teluk bukan tepi pantai, cuma tepi teluk, jika nak ambil gambar dan memancing boleh juga.

Kebanyakkan tetamu cuma nak relax dan mandi kat kolam renang dan berbual bual bersama family.

Jika nak mandi laut, boleh memandu dalam 3-5 minit ke tepi pantai peranginan Teluk Kemang, lepas mandi boleh lepak kat homestay akak.

Oh yer, ada yang keliru sebab bila jumpa mereka ingatkan akak ni muda, padahal dah berumur 50 an dan dah ada cucu.

Nama kakinakl tu adalah nama blog akak sebab akak seorang blogger.  Ramai geng blogger memang panggil akak kak ina kl.😍 Blog akak www.kakinakl.com.

Kalau tetamu muda panggillah auntie, kalau sebaya panggil nama ajer, kalau muda sikit panggillah kakak.👩

Ada gak yang keliru, bila call mereka ingatkan kami ni pekerja Maya Apartment Bayview Villa. Minta tolong carikan apartment yang lain jika dah penuh.

Apartment kami ni cuma satu unit sahaja, kepunyaan sendiri, kami sendiri yang uruskan semuanya dengan pertolongan anak-anak.

Mana nak mampu beli berunit unit nak buat homestay, tapi jika ada rezeki lebih dan homestay kami mendapat sambutan bolehlah kot tambah unit😍.  Doakan yer


Jika berminat
Wasup/sms : 019 3674831

Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, March 30, 2017

Ayam Bakar Pasu Terlangkup Teluk Kemang Port Dickson

Assalamualaikum

Kalau dah namanya jalan jalan cari makan, mestilah nak cuba apa makanan yang sedap ada kat situ kan.

Salah satu tempat yang dah  masuk dalam Majallah 3 ialah Ayam Bakar ni, kira macam makanan sehatlah sebab tak guna minyak.


Yang tak sanggup kena beratur aa bila time makan tengahari, sebab ramai yang sukakan ayam bakar stail masuk dalam pasu, selalunya pasu guna nak tanam pokok kan.

Jangan lupa yer kalau menginap di homestay akak kat Teluk Kemang, pegilah pekena ayam bakar ni tau.

Berminat nak menginap di homestay akak?

Wasup/sms : 019 3674831

Kak Ina/Auntie Ina

Thursday, February 23, 2017

Kemudahan Homestay Kak Ina Teluk Kemang Port Dickson

 Assalamualaikum

Selepas highway Port Dickson, masuk kat area kedai kedai tu, terus ke belakang
carilah Maya Apartment/Bayview Villa Condomium

akan lalu kat deretan kedai ini
Nak dapatkan keperluan boleh ke supermarket ini
taman permainan kanak-kanak
kolam renang untuk orang dewasa dan kanak kanak
lepak sambil menghirup udara segar

Thursday, February 16, 2017

Review Dari Tetamu Homestay Murah Kak Ina Teluk Kemang Port Dickson

Assalamualaikum semua😍


Syukur alhamdulliah, tetamu puas hati dengan homestay kak ina di Port Dickson ini.


 Siap bawak joran lagi, gi pancing ikan😍

Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina

p/s kalau lebih dari satu hari ada harga kasih sayang yer😏Untuk jangka lama pun boleh ada diskaun

Alamat 
Bay View Villas Condominium
Batu 7, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

Thursday, February 9, 2017

SYARAT DAN PERATURAN HOMESTAY KAK INA TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum

Demi menjaga nama baik sesama kita syarat dan peraturan ini haruslah di patuhi demi keselesaan sesama kita.


👉Hanya tetamu Melayu Muslim yang terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan mahram sahaja dibenarkan menginap.


👉Kumpulan campuran antara lelaki dan wanita adalah tidak dibenarkan sama sekali. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab jika tetamu mengingkari perkara (2) jika ditangkap oleh pihak berkuasa.

👉Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke rumah.
Minuman keras/alkohol atau bahan-bahan yang salah dari segi undang-undang dan dilarang oleh 

👉Pihak Berkuasa seperti senjata api, bahan letupan, dadah, ganja, syabu dan lain-lain tidak dibenarkan sama sekali.

👉Menjaga Kebersihan di dalam dan di luar rumah.

👉Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah dan tidak membazir.

👉Menjaga adab-adab kejiranan dan elakkan membuat bising dilarut malam.


👉Jangan tinggalkan apa jua barang berharga di dalam rumah.

Berminat
Wasup/sms:
Kak Ina/Auntie Ina - 0193674831

Tuesday, February 7, 2017

KAK INA HOMESTAY TELUK KEMANG PORT DICKSON



😍SELAMAT DATANG KE KAK INA HOMESTAY@TELUK KEMANG PORT DICKSON

Assalamualaikum 💖

Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog akak, homestay kami  adalah apartment yang terletak di Batu 7  Teluk Kemang Port Dicskon.  

Di sini anda boleh mandi manda di kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Terletak di tingkat 1, anda boleh melihat pemandangan di kolam renang, kemudahan lift juga di sediakan.

In Shaa Allah anda akan berpuas hati dengan homestay kami kerana hanya 1km ke Pantai Peranginan Teluk Kemang, berdekatan Politeknik Port Dickson dan beberapa tempat yang menjadi tarikan di Port Dickson.
👉Kemudahan 
Mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air.
Aircond dan kipas di semua bilik termasuk ruang tamu.

Njoi di sediakan bersama sofa di ruang tamu.
Peti sejuk, kettle dan mikrowave.



Jangan risau pasal makan minum sebab kat luar apartment banyak kedai makan dan kedai serbaneka.

Parking pun senang, selain dari itu di sediakan juga 

😍Turut di sediakan

👉Toto
👉4 helai tuala
👉Iron
👉Induction cooker/multicooker
👉Sejadah
👉Pinggan mangkuk
👉Cawan


Lokasi Berdekatan

-1 KM ke Pantai Peranginan Teluk Kemang
-Berdekatan Politeknik Port Dickson
– Pantai Telok Kemang 
– Pantai Politeknik
-Rumah Terbalik
– Bukit Batu Putih
-Tanjung Tuan
-Blue Lagoon
– PD Ostrich Farm
-Kem Askar Pusarti

Harga yang di tawarkan cuma 
👉RM200 untuk weekday
👉RM250 untuk weekends/public holiday. (maksimum 6-8 orang).  

💙Jika ingin membuat tempahan deposit diperlukan sebanyak RM50 (untuk sehari).
💙Wang deposit tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan.

💙Baki bayaran perlu dijelaskan sebelum check in.
Check in 2.00 petang
Check out 12 tengahari

💛Selepas pembayaran deposit sila wassup/sms
Nama
Tarikh tempahan 
Jumlah hari penginapan 

Wasup/sms : 019 3674831
Kak Ina/Auntie Ina

👉UNTUK KELUARGA MUSLIM SAHAJA


p/s kalau lebih dari satu hari ada harga kasih sayang yer😏Untuk jangka lama pun boleh ada diskaun

💖Alamat 
Bay View Villas Apartment
Batu 7, Jalan Pantai, 
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan


👉p/s Tak ada kena mengena dengan Maya Apartment


gpsGPS:


2.474514101.855974


BBQ Di Bayview Villas Condominum Port Dickson

Assalammualaikum Ambil dari balkoni dari rumah akak di tingkat 1 (kat lift kena tekan 2), bila hujung minggu memang meriah, ramai...